2013年12月23日星期一

TuneTalk Tone Excel Sim Card Soal Jawab

Tune Talk Tone Excel
(Mandarin go to: Tone Excel SIM Card优惠配套
Website: http://www.topupking.com/tunetalk/aff_home.php?lang=bm&name=Leslie+Wong&phone=012-4876603 
FB: https://www.facebook.com/notes/tune-talk-tone-excel-sim-card-big-sale/soal-jawab/765770886770770



1.
Bagaimana Konsep perniagaan WOW ToneExcel Referral Program ini?

Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan. Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen. Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.


2.
Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini?

Harganya sekeping RM80 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)


3.
Apakah service provider yang digunakan?

Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.


4.
Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan?

Untuk panggilan, setiap minit 26 sen. Sms 10 sen sekali.


5.
Dimanakah boleh top-up prepaid ini?

Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.


6.
Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini?

Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.


7.
Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini?

Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup


8.
Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya?

Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.


9.
Apa kelayakkan untuk menerima komisyen?

Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30


10.
Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit?

Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.


11.
Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20?

Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup lebih RM20. 


12.
Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini?

Anda boleh dapatkan simkad ini daripada sponsor anda.


13.
Bagaimana dengan signal Tunetalk ini?

Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.


14.
Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini?

Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu daripada sponsor anda dan selepas itu, sponsor anda akan daftar dan aktifkan simkad tersebut untuk anda.


15.
Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama.

Anda boleh mengekalkan nombor lama kesayangan anda. Beritahu jer kepada sponsor anda, sponsor anda akan tolong anda mengekalkan nombor lama anda dengan syarat nombor lama anda mesti didaftar atas IC anda sendiri, mesti dalam prepaid line (Jika postpaid, sila convert ke prepaid line dahulu)


16.
Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan?

Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini. Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.

Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton, main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali. Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain. 


17.
Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain?

Pertama bantu mereka untuk mendapatkan SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini
Kedua bantu mereka aktifkan SIMKAD dengan cara sms.

Panduan SMS untuk nombor baru:
ad NamaPenuh NoSimkad8Terakhir NoIC Alamat Poskod NoPilihan1 NoPilihan2 NoPilihan3 Bank NoAccount idpIDpenaja

Panduan SMS untuk kekalkan nombor lama:
ad NamaPenuh NoSimkad8Terakhir NoIC Alamat Poskod TelcoLain NoLama Bank NoAccount idpIDpenaja

(Asingkan setiap maklumat dengan satu space)

Contoh SMS yang perlu dihantar jika TIDAK mahu kekalkan no lama:
ad Ali Bin Dolah 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 4532 5120 4088 Maybank 111234567890 idpXXXXXX

Contoh SMS yang perlu dihantar jika MAHU kekalkan no lama:
ad Ali Bin Dolah 80XXXXXX 60XXXXXXXXXX no.3 jln cucur udang 5 81700 maxis 012XXXXXX Maybank 111234567890 idpXXXXXX

Hantar sms ke 014-7057769

Tunggu kira-kira satu jam untuk dapat reply berjaya dan apabila mendapat message berjaya sila tanggalkan simkad tersebut, masukkan kedalam handphone dan buat satu SMS ke mana-mana handphone. Pastikan anda buat satu SMS, jika tidak simkad kekal tidak aktif.


18.
Bagaimana cara promosi perniagaan ini?

Terangkan kepada rakan-rakan anda peluang perniagaan ini.


19.
Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online?

Website Percuma:

http://www.topupking.com/tunetalk/aff_home.php?name=
your_name&phone=your_phone

Dari address atas, tukar
your_name kepada nama anda dan tukar your_phone kepada handphone anda


20.
Bagaimana untuk mendapat berita-berita terkini dan tip-tip promosi perniagaan?

Layari member website


21.
Boleh terangkan lebih lanjut mengenai RM 100K PA Insurans ini?



22.
Bolehkah saya nak sponsor ahli keluarga saya tetapi pembayaran komisyen terus ke akaun bank saya?

Boleh. Dapatkan form dari sini, isikan form tersebut dan scan form tersebut
scan member's IC dan bank holder's IC
Email form dan kedua-dua IC ke info@toneexcel.com


23.
Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru?

Boleh. Sponsor anda akan Ikut langkah 17 (cara sms untuk mengekalkan nombor lama) semasa daftarkan simkad untuk anda nanti.


24.
Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini?

Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.


25.
Saya pergi ke kedai handphone dan saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM80?

Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.

Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk (ToneExcel plan), yang ini harganya sekeping RM80 dan calling ratenya 32 sen seminit dan 13 sen SMS tetapi ada referral program, kalau promote pada orang lain dapat komisyen. Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai handphone, hanya boleh didapati daripada sponsor anda. Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.


26.
Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 28 sen panggilan seminit?

Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain. Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 28sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen. Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit. Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.


27.
Bagaimana pula dengan rate panggilan keluar negara?

Sila layari member website


28.
Boleh lihat bukti pendapatan admin di dalam program ini?

Kami mula menyertai program ini pada 15-7-2010 dan ini hasilnya yang toneexcel memasukan komisyen kepada kami terus kedalam bank akaun.

http://www.topupking.com/tunetalk/images/prove.jpg
Sekarang cuba bayangkan jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita  memperolehi pendapatan melebih RM30,000 - RM40,000 sebulan. Walau pun pada masa itu anda stop mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp. Dan ia bukan satu perkara mustahil untuk anda mencapainya.


29.
Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini?

Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan memiliki bank account di Malaysia.


30.
Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain?

Boleh, untuk postpaid anda kena selesaikan bil-bil tertunggak dahulu dan selepas itu tukar ke prepaid line. Lepas itu sponsor anda akan daftarkan simkad anda ikut langkah 17.


31.
Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya?

* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8


32.
Saya nak tanya, Tune Talk - Tone Excel ada Pakej Internet Blackberrya ka? Berapa kadarnya? Macamana nak aktifkan?

Sila layari member website


33.
ssalamualaikum tuan, saya mau tanya sikit pasal 6% boleh dapat 10% tu,....macam mana kita boleh tahu dia bertambah dan adakah selepas mencapai reload 60 ringgit baru di kira....atau di kira dari awal bulan walaupun pada pertangahan bulan baru mencapai rm 60 ....kurang paham la tuan?

Mereka akan kira selepas hujung bulan.
Sepanjang bulan dalam statement, mereka hanya kira 6%, tetapi apabila sampai hujung bulan, contohnya mereka dapati kita topup lebih RM80, baru mereka kira lebihan 4% tersebut. Bila komisyen masuk pada 21 hb, selepas seminggu baru statement tersebut keluar dalam member area,  L1 extra 4% ,  L3 extra 2%.


34.
Salam, katakan saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma?

Dapat. Ikut saja langkah 19


35.
Salam Tuan.. Saya ada tiga pertanyaan mengenai TuneTalk..

1)Borang yang original memang seharusnya di poskan semula kepada Tuan ke?Jika tidak diposkan semula apa yang akan berlaku?
Tidak perlu tuan, Daftar downline pakai cara sms jer.

2)Sekiranya dapat menaja seorang service centre adakah dengan terjualnya simkad yang sebanyak 220 keping itu maka 220 orang akan menjadi downline kita di level 2?
tidak semestinya tuan, kerana SC boleh menjual simkad tersebut kepada siapa sahaja.

3)Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3?
Tidak, hanya di level pertama sahaja.


36.
Dapatkah web promosi saya link ke facebook?

Dapat.


37.
Saya masih ada 8 simkad yg belum di aktifkan dan letak dalam bilik saya lama dah. Boleh pakai lagi tak?

Boleh. simkad tunetalk/toneexcel tiada tarikh luput. Boleh aktifkan bila-bila masa


38.
assalamualaikum..nak tanya, kenapa bila saya topup, x ada point  bila cek baki.... nak buat mcm mana?

TTpoint akan update dalam masa 1 hari - 2 hari. Kalau masih tiada call saja 010 5000 969. Mereka sedia membantu.


39.
Saya cuba masuk ke member website tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan?

Cara paling mudah call sahaja 010-5000 969 beritahu masalah anda, beritahu IC dan member ID, Mereka akan tolong resetkan semula akaun anda.


40.
Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain?

Boleh. Ikut langkah 22


41.
Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan?

RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari


42.
Salam tuan, semalam saya pergi 7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel?

W'salam tuan, kita minta topup tunetalk je tuan, tak perlu sebut toneexcel.


43.
Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya?

Boleh. Disini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh buat port ini. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade. Sponsor akan guna cara sms untuk daftarkan simkad anda daftar ikut langkah 17


44.
Dulu saya dah join biz tunetalk ni, tapi dah berhenti beberapa bulan, sekarang nak start semula, adakah akaun dan no ID saya masih boleh digunakan lagi atau tidak?

Cara yang paling mudah untuk mengetahu keahlian kita didalam ToneExcel masih aktif atau tidak, hanya perlu lihat samada simkad kita masih aktif atau tidak, jika tidak aktif, maksudnya keahlian kita pun sudah expired. Simkad Tunetalk ini mempunyai grace period selama 45 hari, jika selama itu kita tak topup, maka keahlian dalam ToneExcel juga akan terbatal.


45.
Apakah syarat, kelebihan dan cara untuk menjadi Service Center?

Syarat:
Syarat untuk menjadi SC anda perlulah membuat pembelian 220 keping SIMKAD pada harga RM72 sekeping, maka jumlahnya menjadi RM15,840, jika anda perlukan penghantaran secara curier, sila tambah lagi RM100 utk charge courier, sebab banyak juga barang yang perlu dihantar.

Kelebihan:
1. Komisyen anda menjadi
Level Pertama: 8%+2.5%=10.5%
Level Kedua: 3%+2.5%=5.5%
Level Ketiga: 13%+2.5%=15.5%
Level keEmpat sehingga INFINITI = 2.5%

2. Selepas pembelian 220 yang pertama itu, pembelian seterusnya hanya pada harga RM75 sekeping dan tanpa mengira kuantiti. Sekeping pun boleh. Dan dari sini anda akan mendapat keuntungan runcit sebanyak RM5 setiap keping yang terjual.

Cara untuk menjadi Service Center dapatkan daripada sponsor anda.


46.
Bagaimana nak setting GPRS?

Type *111# dan call, pilih service, gprs.
Bila anda tengok gprs subsribed maksud GRPR sudah boleh digunakan.
Harga Internet: RM 0.10/MB.

Pakej Internet 50MB
Harga 50MB = RM 1.85.
Bila sampai 50MB akan charge balik dengan harga RM 0.10/MB

sms 50mb ke 7777,
Lepas hantar kredit anda akan ditolak RM 1.85 dan ditolak tiap-tiap hari.

sms STOP ke 7777
Untuk hentikan pakej 50MB

sms STATUS ke 7777
Untuk tahu status usage


47.
saya dah join tunetalk/ToneExcel ini dan guna balik nombor lama saya, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya?

Kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buna balik nombor lama sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.

1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.

Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333)


48.
Bolehkah simkad ini digunakan untuk BlackBerry dan kalau boleh bagaimana cara nak settingnya?

Sila layari member website untuk cara setting blackberry

Encik, saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking?
Tunetalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je. Tetapi saya juga ada menerima rungutan dari rakan2 yang mengatakan cara ini tidak boleh kepada no asal Celcom. Jadi sebagai langkah berjaga2, jika anda aktif e-banking dan pengguna no Celcom, saya cadangkan elok tidak perlu buat port in, sehingga masalah ini dapat diselesaikan.


49.
saya menghadapi masalah nak iklankan web replika kita di Facebook, macam ada spam katanya?

Sila hubungi pemilik website untuk ubah sikit URL website tu, dan selepas itu bolehlah promotekan didalam Facebook.


50.
Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ?

Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update di dalam member area, dan yang kedua, semasa mereka daftar downline, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.


51.
Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia?

Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.

Keterangan lanjut sila
klik sini


52.
Saya tinggal di Brunei. Adakah penggunaan toneexcel akan masuk ke Brunei? Jika tidak, bagaimana saya nak join dan manfaatkan toneexcel tersebut? Di mana saya boleh dapatkan kad prepaid toneexcel tersebut? Saya difahamkan toneexcel akan masuk ke Singapore dan Thailand tahun yang akan datang juga. Mohon penjelasan mengenai pertanyaan saya di atas. Terima kasih

Talian Tunetalk boleh digunakan di Brunei dan negara-negara lain, cuma Toneexcel belum beroperasi di negara serantau. Untuk menyertainya memang boleh hanya dengan menggunakan passport. Cuma anda akan menghadapi masalah untuk top up prepaid tersebut dan juga untuk menerima komisyen dari ToneExcel. Kalau anda ada akaun bank di Malaysia, saya rasa tidak menjadi masalah untuk menyertainya. Untuk dapatkan SIMKAD tersebut sila dapatkan daripada sponsor anda.


53.
Apakah kadar sebenar utk sms?? 5 sen atau 13 sen?? Sebab saya ada lihat banner yg sms adalah 5 sen..mcm mana nk dapatkan kadar 5 sen tu? kena upgrade nombor ke??

Tunetalk ni ada dua jenis,
1. Tunetalk yang biasa dijual dikedai2, harga sekeping simkadnya RM5 sahaja, kadar panggilan seminit 16sen dan SMS 5 sen. Tiada referal program. Simkad ini tak boleh nak sponsor untuk dapat komisyen orang lain.

2. Tunetalk/ToneExcel, harganya RM80 sekeping, kadar panggilan seminit 32 sen dan SMS 13 sen. Ada referal program, boleh untuk sponsor orang lain dan dapat komisyen.


54.
Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan?

Dapatkan replacement simkad dari HQ. Satu replacement simkad RM 13. Download form dekat member website, isikan dan email ke info@toneexcel.com


55.
Simkad ini boleh ekses internet ke, kalau boleh macamana?

oleh, pertama sekali kita kena aktifkan GPRS. Caranya dail *111#, pilih menu utk services (no. 4), selepas itu pilih GPRS no.1, dan selepas itu simkad tersebut dah boleh digunakan untuk surt internet.


56.
Berapa harga panggilan ke Indonesia dan bagaimana caranya?

Kadar panggilan antarabangsa sila layari member website. Cara untuk membuat panggilan adalah "Number Prefix"+NoPhone


57.
Saya sudah dapat web promosi percuma, perlu apa-apa activation?

Tidak perlu. Ikut saja langkah 19.


58.
Saya tersalah IC semasa pendaftaran, apa perlu saya lakukan?

Email ke toneexceldotbiz@gmail.com


59.
Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan?

Ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan idp adalah betul.


60.
Saya dari Singapore sangat tertarik dengan program WOW ini, bila agaknya Tunetalk akan memasuki pasarang Singapore?

Untuk penggunakan line TuneTalk, mereka boleh gunakan handphone mereka keseluruh dunia, sama seperti handphone yang lain, charge roaming akan dikenakan sahaja, cuma program WOW belum dijalankan di negara lain.


61.
Saya dah berjaya kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out?

Ikut langkah 47.


62.
Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi?

Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.


63.
Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka?

Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda dan klik di Geneology


64.
Masa saya dapat simkad terus saya buat buat panggilan. masalahnya saya tidak dapat call

Simkad tersebut perlu diaktifkan dahulu sebelum dapat digunakan. Sponsor anda akan aktifkan simkad anda dahulu ikut langkah 17.


65.
Saya telah memohon web promosi, tapi salah nama dan phone. apa perlu saya buat?

Ikut langkah 19. tukar your_name kepada nama anda dan tukar your_phone kepada handphone anda


66.
Saya rasa keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM30 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul?

Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM30 tu saya rasa adalah cadang mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh Tune Insurans. Tune Insurans memberi syarat kepada pengguna Tunetalk untuk kekal didalam insuran tersebut mereka perlu maintain topup sebanyak RM30.


67.
salam tuan, saya nak tanya, kawan saya dah daftar dan dah dapat no tunetalk, tapi kawan tu tak suka no tu, so kawan tu nak tukar no lain?

Boleh, Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarakan.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web 
www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.


68.
Saya masih kurang jelas bagaimana toneexcel membayar komisyen kepada kita, boleh tolong terangkan?

Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan hadapan.


69.
Ada tak cara senang untuk iklankan bisnes toneexcel ini dalam facebook?

Ada, Disini saya ingin kongsikan satu cara, yang saya panggil cara untuk orang malas (macam saya), supaya iklan kita kedalam facebook, twitter dan linkedin boleh di automatikkan.

Cara-cara untuk meng-automatik-kan iklan anda:
1) Buka email, facebook anda, kalau ada twitter, buka twitter, kalau ada linkedin, buka linkedin. Kalau tiada, tidak mengapa, paling kurang anda mesti ada facebook. Kesemuanya hendaklah dibuka dalam satu browser. Maksudnya, jika anda gunakan firefox, maka kesemua social network tadi buka di firefox, kalau guna google chrome, kesemuanya buka di chrome, kalau guna intenet explorer, semuanya gunakan internet explorer.

2) Register satu akaun didalam hoostsuite, daftar yang percuma sahaja. 
Klik Disini.
3) Selepas itu register kesemua social networking yang anda ada. Facebook, twitter dan linkedin.
4) Setting iklan anda selama sebulan, selepas sebulan, setting lagi untuk sebulan seterusnya.


70.
Macamana cara nak tebus point kepada tiket air asia ni atau nak tebus kepada airtime?

ada 3 cara penebusan point :

1. Tiket Air Asia Emelkan Nama Penuh, No.K/p, Tarikh lahir, No Passport, Warga Negara, No. Hp Tune Talk, No Siri No SimKad, No HP Lain, Destinasi Yang Hendah Dituju, Tarikh Penerbangan, masa Penerbangan dan alamat Eeml Anda. Sila emelkan kepada customer.care@tunetalk.com tel no : 010-5001333 Tunetalk service.

2. Boleh Dapat 200 minit panggilan percuma hanya dalam Malaysia (kena ada 2000 point) hanya taip sms : 2000 dan hantar ke 1313

3. Memanjangkan tempoh masa tamat panggilan dan sms (contoh topup RM10 selama seminggu boleh dipanjangkan) sila hubungi Tune Talk service 010-5001333



没有评论:

发表评论